BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

TEKNIK KEPENGARANGAN

Teknik Kepengarangan dalam Bustan Al-Salatin

Kitab Bustan Al-Salatin ini dianggap sebagai sebuah kitab “ketatanegaraan” yang mana ianya menceritakan tentang pensejarahan dan pemerintahan zaman silam yang mana kisah berkenaan pensejarahan dan pemerintahan raja-raja ini berkait rapat dengan unsur-unsur keislaman. Jika dilihat daripada aspek kepengarangan, dapat dilihat bahawa dalam kitab Bustan Al Salatin ini bahawa terdapat aspek kepengarangan yang begitu meluas iaitu dari aspek keislaman, sejarah raja-raja melayu, pentadbiran dan perubatan. Dalam empat aspek utama yang telah dinyatakan masih terdapat lagi aspek-aspek kepengarangan yang lebih mendalam seperti nasihat, falsafah dan penentangan. Dalam kitab ini, teknik penulisannya dilakukan secara teratur iaitu dengan melakukan perkaitan antara setiap peristiwa kepada satu peristiwa yang lain melalui perkaitan dasar yang sama iaitu kejadian alam.

Aspek Keislaman
Melihat kepada aspek  kepengarangan yang pertama iaitu aspek keislaman. Didapati bahawa dalam kitab Bustan Al-Salatin ini keseluruhannya menyentuh dan menceritakan sesuatu perkara itu berasaskan islam iaitu perkaitan daripada asal mula kejadian sehinggalah kematian. Jika dilihat pada bab yang pertama, Nuruddin Ar-Raniri telah menceritakan tentang bagaimana asal mula kejadian alam iaitu bagaimana bermulanya islam sehingga terciptanya Nabi Adam a.s sebagai nabi pertama yang diutus oleh Allah s.w.t. Hal ini tidak berhenti setakat itu sahaja, malahan penceritaan tentang aspek keislaman ini diteruskan pengkisahan tentang nabi-nabi yang seterusnya selepas nabi Adam a.s. Seterusnya lagi, aspek kepengarangan islam ini diteruskan lagi pada bab-bab yang seterusnya sehinggalah pada bab yang ketujuh yang mana bab ketujuh ini mengisahkan tentang perubatan. Penulisan berkaitan perubatan ini juga ditulis dan dikaitkan dasarnya tentang islam. Ilmu perubatan yang diceritakan dalam kitab ini berbalik semula kepada asal kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t iaitu berdasarkan Al-quran dan hadis. Hujah-hujah dalam kitab ini diperkuatkan lagi dengan dalil dan hujah hadis yang mantap dan berwibawa.

Aspek Sejarah
Aspek kepengarangan tentang sejarah atau lebih lengkap lagi tentang sejarah raja-raja Melayu. Kitab Bustan Al-Salatin ini boleh dianggap sebagai sebuah kitab yang sangat lengkap penulisannya tentang sejarah raja-raja Melayu, dan tidak dinafikan bahawa kitab ini telah menjadi rujukan banyak pihak. Jika melihat kembali cara penulisan sejarah tentang raja-raja Melayu pada bab yang kedua, Nuruddin Ar-Raniri menulis sejarah asal-usul raja-raja Melayu ini dengan begitu teratur dan kukuh hujahnya. Walaubagaimanapun, pengkisahan sejarah raja-raja Melayu ini masih mempunyai perkaitan yang rapat tentang islam dan pendiriannya menyatakan bahawa sejarah raja-raja Melayu yang wujud ini bermula dengan kejadian Nabi Adam a.s.

Aspek Pentadbiran
Melihat pada aspek kepengarangan yang ketiga dalam kitab Bustan Al-Salatin iaitu aspek kepengarangan tentang pentadbiran. Dalam aspek ini, Nuruddin Ar-Raniri telah menulis tentang isu kepimpinan dalam diri seorang anbia(nabi), raja dan  wazir. Dalam aspek kepengarangan ini ianya dapat dilihat pada penulisan bab yang ketiga hingga bab enam dalam kitab Bustan Al-Salatin.Dalam bab ini, dapat dilihat bagaimana Nuruddin Ar-Raniri mengaitkan antara islam dengan cara dan perilaku seorang anbia(nabi),raja dan wazir dalam melaksanakan suatu pemerintahan yang adil. Dalam penulisannya menyentuh keseluruhan tentang bagaimana cara pimpinan yang dianjurkan oleh islam bagi memastikan kepimpinan itu merupakan kepimpinan yang berkesan dan tidak membentuk suatu bentuk kezaliman.

Aspek Perubatan
Aspek kepengarangan yang keempat iaitu aspek kepengarangan perubatan. Jika melihat kembali kepada pengkisahan pada keseluruhan bab, sememangnya Nuruddin Ar-Raniri ini seorang yang begitu luas pengetahuannya bukan sahaja tentang islam malahan tentang perkaitan-perkaitan ilmu lain. Aspek kepengarangan tentang perubatan ini dapat dilihat pada bab ketujuh dimana Nuruddin Ar-Raniri menulis tentang perubatan yang mana perubatan ilmu ini saling berkait rapat dengan akal dan ilmu. Dalam aspek ini, beliau tetap menekankan penulisannya berdasarkan ilmu islam yang didasari dari awal pengkisahan kitab Bustan Al-Salatin lagi. Beliau tidak menulis secara terus tentang apa itu ilmu perubatan, namun beliau mendasari aspek ini dengan kembali kepada fitrah keislaman iaitu ilmu dan akal.

Aspek Falsafah dan Nasihat
Aspek kepengarangan yang terdapat dalam kitab Bustan Al-Salatin ini tidaklah hanya menjurus kepada empat aspek yang telah dijelaskan semata-mata, namun dalam kitab ini juga terdapat aspek-aspek kepengarangan yang lain seperti berbentuk nasihat, falsafah dan tentangan. Jika dilihat pada aspek nasihat, dapat dilihat bahawa terdapat begitu banyak nasihat yang telah diutarakan secara bersama yang mana nasihat itu didasari bersama dengan islam. Selain itu, dalam kitab Bustan Al-Salatin ini juga terkandung begitu banyak falsafah-falsafah yang beguna yang dipetik terus dari Al-quran dan Hadis.  Falsafah-falsafah yang dipetik ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan segala hujah, pendapat dan pandangan yang telah diutarakan mengenai islam dan pensejarahannya.
            Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kitab Bustan Al-salatin ini mempunyai teknik kepengarangan yang pelbagai yang mana ianya disesuaikan melalui penyampaian yang berbeza. Teknik kepengarangan ini telah menjadikan kitab ini sebagai sebuah kitab yang cukup lengkap sebagai rujukan.






Teknik Kepengarangan dalam Laskar Pelangi
Berdasarkan novel Laskar Pelangi ini, didapati bahawa penulis menulis novel ini berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri iaitu kisah tentang anak-anak di kampung belitong yang sangat miskin yang berusaha untuk memperbaiki masa depan. Penulis mengambarkan penulisannya dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat. Kesulitan yang berlaku ialah berkaitan kesulitan kanak-kanak di kampung itu untuk bersekolah.
            Dalam novel ini juga, pengarang menggunakan kata ganti diri pertama iaitu “aku” kerana pengarang menceritakan tentang kisah hidupnya sendiri.
“Ketikaku masukkan puisi ke dalam sampul surat, aku tersenyum, tak percaya aku bisa menulis puisi seperti itu. Cinta barangkali dapat memunculkan sesuatu, kemampuan atau sifat-sifat rahasia, yang tak kita sadari sedang bersembunyi di dalam tubuh kita.”
Pengarang seterusnya menggunakan tokoh “aku” dengan menamakannya sebagai Ikal. Ikal adalah orang yang menjadi pencerita dalam novel ini iaitu yang berperanan sebagai “aku”. Ikal digelar sebegitu kerana rambutnya yang ikal dan beliau suka mengamati apa yang terdapat di persekitarannya, seorang yang pintar dan Ikal pernah menyukai seorang gadis bernama A.ling.
Sejak kecil aku tertarik untuk menjadi pengamat kehidupan dan sekarang aku menemukan kenyataan yang mempesona dalam sosiologi lingkungan kami yang ironis.
Seterusnya, pengarang mewujudkan unsur psikologi dalam penulisannya. Pengarang merupakan seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi, kreatif, semangat dan seorang yang optimis. Sifat semangat yang ada dalam diri pengarang itu telah diserapkan dalam novel yang ditulisnya iaitu novel “Laskar Pelangi”. Dalam novel ini dapat dilihat bagaimana pengarang menggambarkan sifat semangatnya yang tinggi iaitu semangat yang tinggi dalam memperjuangkan pendidikan walaupun kemiskinan terus menjadi penghalangnya. Walalupun kesukaran dan kepahitan yang dilaluinya namun pengarang menggambarkan bahawa pengarang melalui kehidupannya dengan penuh gembira dan menyenangkan.




No comments:

Post a Comment