BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

NILAI BUDAYA

Nilai budaya
Menurut kamus dewan edisi keempat, ‘budaya’ bermaksud tamadun, peradaban. Manakala, menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Berdasarkan  definisi tersebut, jelaslah  pengertian mengenai kebudayaan adalah sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam fikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata seperti perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, keagamaan, seni, dan lain-lain yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.



Nilai Budaya dalam Bustan Al-Salatin

Taat Setia Kepada Raja
Antara nilai budaya yang terdapat dalam kitab Bustan al-Salatin ialah nilai taat kepada pemerintah. Masyarakat terdahulu sememangnya taat kepada pemerintah dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk menuruti segala titah perintah raja pada zaman itu. Bustan al-Salatin memberi nasihat kepada rakyat agar sentiasa mentaati raja atau pemerintah. Ini kerana suruhan mentaati pemerintah merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam. Rakyat yang tidak mentaati pemerintah dianggap sebagai penderhaka dan boleh diperangi dan dibunuh. Ketaatan yang dimaksudkan oleh Bustan al-Salatin ialah seseorang rakyat mesti mentaati pemerintah selagi pemerintah tersebut menjalankan hukum secara adil dan berpegang kepada hukum Allah atau tidak melanggar hukum syarak. Walaubagaimanapun, kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah atau raja mempunyai had yang tertentu. Antara contoh petikan yang menunjukan rakyat harus taat kepada raja ialah:
“Sebermula tiadalah daripada beberapa dalil dan hadisnya dan kata segala ulama dan hukama, bahawa mengikut kata raja itu fardu pada barang yang disuruhkannya melainkan pada suruhan yang tiada berlaku pada syarak”.
                                                                (Bustan al- Salatin : 7)
Maka jelaslah bahawa rakyat harus mentaati pemerintah atau rajanya selagi raja itu berpegang kepada hokum Allah dan tidak melanggar hukum Allah.

Budaya Memasang Pelita
Terdapat juga nilai budaya yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu yang diceritakan dalam kitab ini seperti budaya memasang pelita. Memang tidak dapat disangkal lagi, budaya atau adat ini masih diamalkan lagi oleh masyarakat islam pada masa kini seperti memasang pelita ketika menantikan ketibaan syawal untuk menyambut perayaan. Walaubagaimanapun, budaya ini telah diamalkan sejak dahulu lagi seperti yang tercatat dalam kitab Bustan al-Salatin iaitu:
“Kata [Anas al-Jalil] adalah adat Amirulmukminin Umar radiallahuanhu sentiasa memasang pelita masjid Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Sesekali peristiwa, Amirulmukminin memasang pelita, maka dilihatnya pada penjuru masjid seorang seorang kanak-kanak kecil berbalut dengan lampinnya dan adalah pada lengannya sepuluh dinar terbungkus di dalam kertas, da nada tersurat dalam kertas itu: bahawa [bayi] ini tiada baginya bapa, dan dinar ini akan belanjanya, dikasihan Allah akan manusia yang mengambil dia, dan memelihara akan dia, dan yang syafakat akan dia, seperti kasihnya akan anaknya.”    
                                                                   (Bustan al-Salatin:33)

Budaya Permainan Gusti
Permainan ini juga diceritakan dalam kitab ini. Permainan ini menjadi budaya orang arab terdahulu sejak zaman Rasulullah lagi. Tidak dinafikan kerana budaya bergusti ini bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah juga menjadi permainan bagi kanak-kanak arab lagi. Contonya:
“Dan adalah ia bermain  gusti dengan segala orang muda, seorang pun tiada dapat mengalahkan dia. Sekali peristiwa pada suatu hari, ia bergusti dengan seorang kanak-kanak, maka lalu direbahkannya akan dia.”
                (Bustan al-Salatin: )


Budaya/Adat Penyembahan Kepada Roh Kudus
Terdapat juga budaya atau kepercayaan yang negatif diamalkan olehmasyarakat mesir seperti yang diceritakan di dalam kitab Bustan al-Salatin iaitu mereka harus mengorbankan seorang wanita dengan mencampakkan ked lam sungai nil. Oleh hal yang demikian barulah air sungai nil mengalir dengan banyak dan deras. Budaya negatif ini diceritakan dalam bab 3 fasal 2:

 “Kata sahibulhikayat, adalah adat sungai nil mesir tiada mahu alir melainkan sedikit jua. Maka tatkala, dilihat segala isi mesir hal yang demikian itu, maka berhimpunlah sekalian mereka itu serta dicari seorang perempuan yang muda lagi bikr, lalu dibuangkannya ke dalam sungai itu. Tatkala sudahlah dibuangkan mereka itu akan dia, jadi banyaklah airnya alir serta dengan derasnya. Demikianlah adat mereka itu. Maka tatkala datanglah kepada masa amirulmukminin umar radiallahuanhu jadi khalifah, maka datanglah segala isi negeri mesir kepada amirul mukminin mengadu halnya serta dihikayatnya akan halnya yang demikian”.
                                                                   (Bustan al-salatin: 41)











Nilai Budaya dalam Laskar Pelangi
Keagamaan
Nilai budaya dalam bentuk agama merupakan undang-undang atau peraturan-peraturan yang mengikat manusia dalam hubungannya dengan pencipta dan hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam. Dalam novel Laskar Pelangi penulis juga menonjolkan nilai budaya dalam bentuk keagamaan. Contohnya:  
Barang siapa yang kami tunjuk sebagai amir dan telah kami tetapkan gajinya untuk itu,maka apapun yang ia terima selain gajinya itu adalah penipuan”                     
Petikan  di atas menunjukkan ibu Mus sedang geram dengan gejala rasuah yang sedang melanda masyarakat pada masa itu dan beliau juga mengingatkan  bahawa pentingnya memegang amanah sebagai pemimpin sebagaimana yang terdapat dalam kalam suci al-Quran  yang bermaksud seseorang yang memegang amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Seterusnya, nilai keagamaan yang terdapat dalam novel ini ialah amalan berdoa masyarakat Islam yang memohon kemudahan atau pertolongan daripada pencipta yang Esa. Contohnya:
Sebelum parade kami berkumpul berpegangan tangan menundukkan kepala sambil berdoa mengharukan”                                                      
Petikan diatas menunjukkan bahawa pelajar atau siswa Muhammadiyah berdoa sebelum pertandingan karnaval dimulakan. Seterusnya, nilai budaya berunsur keagamaan yang ditonjolkan pengarang ialah kesopanan. Kesopanan merupakan salah satu nilai amat dititikberatkan dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya. Bagi masyarakat Islam, seseorang individu itu haruslah bersopan sesama manusia dan harus menjaga adab dengan pencipta. Contohnya:
jaga adatmu di muka kitab Allah anak muda”                                                                 
                                                                
Petikan diatas menunjukkan teguran yang disampaikan kepada Syahdan pada ketika majlis Khatam al-Quran sedang berlangsung. Ikal menegur Syahdan yang sedang berbicara kepada Ikal mengenai A Ling, tapi Syahdan tetap tidak memperdulikan peringatan Ikal dan dia tetap meneruskan perbualan dengan Ikal tentang A Ling.

Seni Warisan
Selain itu, terdapat juga nilai kebudayaan yang dipaparkan pengarang dalam novel ini. Budaya sesebuah masyarakat dengan sebuah masyarakat lain mungkin berbeza kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor persekitaran dan sebagainya. Antara  budaya yang ditonjolkan pengarang dalam novel tersebut ialah:
Drama, opera, dan orkestra yang manggung di dahan filicium sepanjang hari dengan panggung sandiwara yang dilakoni homo sapiens  di sebuah kelas dibawahnya”    
Petikan di atas menunjukkan sebuah kebudayaan yang sering dilakukan oleh masyarakat Belitong, seperti kegiatan yang setiap harinya dilakukan oleh anggota Laskar Pelangi. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti kebudayaan seperti drama, opera dan lain-lain sudah hadir pada zaman tersebut dan menjadi kebudayaan bagi masyarakat tersebut. Seterusnya, nilai budaya yang terdapat dalam novel tersebut ialah budaya berterima kasih. Tidak dapat dinafikan bahawa budaya berterima kasih sememangnya sering dititikberatkan oleh mana-mana masyarakat sekalipun. Oleh hal yang demikian, pengarang menyelitkan juga budaya ini untuk menunjukkan bahawa  masyarakat atau anggota Laskar Pelangi sering mengamalkan adat atau budaya tersebut. Contohnya:
Terima kasih ibunda guru“                                
Petikan di atas menunjukkan Mahar berterima kasih kepada ibu Muslimah yang telah mempersilahkannya atau menjemputnya menyanyi. Selain itu, terdapat juga nilai kebudayaan yang ditonjolkan oleh pengarang tentang adat atau budaya yang diadakan setiap tahun di sekolah-sekolah iaitu karnaval pada 17 Ogos yang disertai oleh kebanyakkan sekolah. Contohnya:
Karnaval 17 Agustus sangat potensial untuk meningkatkan gengsi sekolah”                                                                 
Petikan diatas menunjukkan bahawa karnaval tersebut sudah menjadi tradisi bagi masyarakat tersebut dimana sekolah akan menghantar wakil untuk bertanding. Karnaval ini juga memaparkan kesenian yang ditonjolkan pengarang kerana persembahan karnaval yang dipersembahkan oleh sekolah Muhammadiyah sangat unik dan kreatif yang memaparkan atau mencerminkan latar belakang masyarakat tersebut.


No comments:

Post a Comment