BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

NILAI ILMU

Nilai Ilmu
Dalam karya melayu, nilai ilmu merupakan antara eleman terpenting yang tidak boleh diketepikan. Ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Hal ini tidak terkecuali dalam karya agung Bustan Al-Salatin. Dalam Bustan Al-Salatin terdapat banyak nilai ilmu yang boleh diperolehi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Manakala ilmu pula ditakrifkan sebagai pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir , batin, dan lain-lain. Ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat.






Nilai Ilmu dalam Bustan Al-Salatin

Ilmu Mimpi
Salah satu nilai ilmu yang terdapat dalam Bustan Al-Salatin ialah ilmu mimpi. Di dalam Fasal 13, Bab II Bustan al-Salatin, unsur mimpi dikemukakan walaupun dalam dua episod sahaja. Bustan Al-Salatin menceritakan bahawa Sultan Iskandar Muda telah bermimpi tentang air persiraman puterinya dan Iskandar Thani. Sultan Iskandar Muda telah bermimpi pada malam Isnin, 12 Jamadilakhir, iaitu turun sebuah mahligai daripada cahaya dengan perhiasannya berisi air mandi dibawa oleh malaikat dari langit. Malaikatlah yang memandikan kedua-dua pasangan muda itu. Esoknya Sultan Iskandar Muda menitahkan bahawa mereka tidak perlu lagi dimandikan oleh Syeikh Syamsuddin dan Kadi Malik al-Adil. Petikannya:
“ Maka pada pagi –pagi hari sabda Raja Iskandar Muda kepada nenda Raja Serba Bawa, “Katakan kepada bondaku Syah Alam, janganlah bersusah lagi memandikan anakku kedua! Sudahlah mandi keduanya daripada air yang turun dari kudrat Allah Taa’la!”
(Bustan Al-Salatin: 18)

Mimpi yang kedua ialah yang muncul dalam tidur seorang pembuat batu nisan. Setelah Sultan Iskandar Thani mangkat, baginda digelar Marhum Dar al-Salam. Permaisurinya yang menjadi sultan memerintahkan juru batu nisan mencipta satu batu nisan yang terbaik untuk suaminya. Masa itulah Marhum Mahkota Alam muncul di dalam mimpi juru batu supaya melebihkan perbuatan batu itu pada makam Marhum Dar al-Salam. Petikannya adalah seperti berikut:
“Syahadan adalah yang mengadap Raja Nisyan itu orang berpedang suasa. Maka pada suatu malam ia bermimpi Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dengan kahar, Hai segala pandai, kamu lebihkanlah perbuatan batu itu daripadaku.”
(Bustan Al-Salatin: 45)
Kedua-dua mimpi ini mempengaruhi tindakan-tindakan secara sedar orang-orang yang terlibat dalam episod-episod berkenaan. Nyata dalam Fasal 13 ini, unsur mimpi tidak dianggap sebagai membawa makna sesuatu atau perlu dibuat interpretasi tetapi merupakan komunikasi langsung daripada satu pihak di dunia tidak nyata kepada pihak di dunia nyata. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat zaman dahulu mempercayai mimpi dan mampu mentafsirkan mimpi. Ilmu pentafsiran mimpi ini sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat melayu dan islam.

Ilmu Pembuatan Batu Nisan
Pembinaan batu nisan untuk raja juga merupakan satu acara yang dilakukan dengan penuh istiadat.  Pembuatan batu nisan untuk raja dibuat oleh juru batu nisan terbaik yang dipilih oleh pemaisuri. Juru  batu nisan raja adalah pembuat batu nisan yang terpilih dan pakar dalam membuat batu nisan. Dalam mimpi kedua tersebut, Paduka Marhum Mahkota Alam menyatakan bahawa pembuat batu nisan itu adalah pandai. Pembuat batu nisan itu membuktikan bahawa pengetahuan dan ilmu tentang pembuatan batu nisan telah ada dalam masyarakat melayu sejak dari dulu lagi.

Ilmu Perubatan
Bustan Al-Salatin turut menerangkan tentang ilmu perubatan yang dimiliki oleh orang melayu. Ilmu perubatan di alam melayu sering menjadi salah satu daripada nilai ilmu yang terdapat dalam karya sastera melayu. Malahan dalam Bustan Al-Salatin, ilmu perubatan ataupun pembedahan tradisional ini telah digambarkan di dalamnya. Sebagai contohnya, apabila Yunan menceritakan tentang kisah raja kepada Raja Nusyirwan. Dalam cerita tersebut, Tuanku Syah Alam telah murka kepada isterinya dan di jatuhkan hukuman bunuh. Namun begitu, perdana menterinya telah menyembunyikan isteri raja tersebut kerana beranggapan bahawa kesalahan isteri raja itu tidak sepatutnya di jatuhkan hukuman bunuh. Lebih-lebih pula isteri raja itu sedang mengandung. Sehubungan itu, perdana menteri tersebut menyembunyikan isteri raja tersebut di rumahnya. Kemudian dia memanggil seorang hajim untuk memotong kemaluannya. Peristiwa memotong kemaluan perdana menteri itu membuktikan nilai ilmu perubatan yang terdapat dalam karya tersebut. Karya Bustan Al-Salatin membuktikan bahawa masyarakat melayu pada zaman tersebut telah melakukan pembedahan. Malah perdana menteri yang dipotong kemaluanya itu sihat dan terus hidup.

Ilmu Adat Istiadat
Bustan Al-Salatin turut menerangkan tentang adat istiadat melayu. Bustan Al-Salatin menggambarkan gambaran  yang terperinci mengenai adat istiadat pertabalan Sultan Iskandar Thani yang bermula sejak Sultan Iskandar Muda membawa baginda ke Acheh dari Pahang setelah yakin bahawa anak raja Pahang akan menjadi seorang raja besar. Malah Sultan Iskandar Muda sendiri yang mengarahkan dilaksanakan adat istiadat tersebut. Istiadat lain yang diceritakan ialah acara berarak mengelilingi Masjid Bait al-Rahman, perkahwinan, dan acara-acara lain yang berkaitan dengan acara keagamaan. Dalam acara-acara ini, Bustan Al-Salatin juga menyebutkan dengan terperinci mengenai pakaian, dan perhiasan yang dipakai serta paying kebesaran dan binatang kenderaan seperti gajah, kuda dan lain-lain. Istiadat lain yang disebut ialah istiadat menghormati utusan dari luar dengan mengarak utusan itu dengan sewajarnya mengikut pangkat masing-masing. Contohnya:
Maka ialah yang mengubah adat {datuk} neneknya yang dahuluitu. Maka dibinasa Allah Taala akan dia.
(Bustan Al-Salatin: bab 3)
Petikan tersebut menggambarkan bahawa masyarakat melayu terlalu mementingkan adat warisan nenek moyang mereka. Malahan sesiapa yang mengubah adat tersebut akan dibinasakan oleh Allah Taala. Secara ringkasnya, Bustan Al-Salatin mempunyai nilai ilmu yang berharga. Ini membuktikan bahawa masyarakat melayu telah merupakan masyarakat yang berilmu. Nilai ilmu ini bukan sahaja meliputi ilmu tentang kehidupan di dunia sahaja malah meliputi semua aspek kehidupan di seluruh muka bumi ini dan alam ghaib.







Nilai Ilmu dalam Laskar Pelangi

Ilmu Matematik
Ilmu matematik dalam novel ini digambarkan melalui watak Lintang. Lintang mempunyai pemikiran yang genius. Lintang merupakan seorang pelajar yang mahir dalam ilmu matematik. Malah dia bercita-cita untuk menjadi ahli matematik. Kepandaian Lintang dalam matematik terserlah ketika pengajaran matematik di dalam kelasnya. Lintang mampu menjawab soalan matematik yang diberikan oleh Bu Mus tanpa menggunakan kalkulatur. Malahan dia menjawab soalan tersebut dengan tepat dan lebih pantas daripada kawan-kawannya yang menggunakan lidi sebagai kalkulatur. Lintang juga berjaya membantu kawan-kawannya memenangi pertandingan Lomba Cergas Cermat. Lintang turut mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal dalam pertandingan tersebut dengan kepakarannya dalam matematik.

Ilmu Kesenian
Ilmu seni pula di gambarkan melalui watak Mahar. Mahar adalah seorang yang amat meminati seni. Dia selalu bersama-sama membawa radionya dan mendengar lagu dari radionya itu. Kemahiran Mahar dalam muzik telah berjaya membawa sekolah mereka memenangi pertandingan karnival. Mahar telah berjaya mencari idea untuk menari dalam pertandingan tersebut. Dia telah membuatkan Laskar Palangi menari seperti orang yang kerasukan. Hal ini adalah kerana kalung yang mereka gunakan membuatkan mereka semua gatal seluruh badan. Walupun tanpa berbekalkan peralatan moden dan pakaian yang mewah, mereka berjaya memenagi pertandingan tersebut dan mengalahkan kumpulan dari sekolah lain.

Ilmu Pertukangan

Dalam ilmu pertukangan pula, pengetua sekolah iaitu Pak Harfan. Pak Harfan selalu mahir dalam bidang pertukangan. Pak Harfan membaiki segala kerosakan peralatan sekolah tersebut seperti kerusi patah dengan sendirinya. Malahan Pak Harfan menggunakan bahan-bahan terbuang untuk memaikinya. 

No comments:

Post a Comment