BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

SENI BAHASA

Seni Bahasa
Bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Sastera tidak akan hidup tanpa bahasa. Bahasa sastera pula akan hambar tanpa sentuhan seni yang efisien. Dalam medium penerbitan, terdapat banyak karya sastera yang hadir dengan sentuhan bahasa yang baik. Namun begitu, karya tersebut seakan-akan kaku tanpa suntikan seni. Seni dalam sastera umpama tablet yang akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Jika tablet seninya terlebih dos, sasteranya akan kabur dan mungkin akan hilang terus. Hal inilah yang akan menjauhkan sastera daripada khalayak. Sebaik-baiknya, seni dalam sastera harus dikawal supaya tidak terlebih atau terkurang. Dalam karya sastera, penulis menggunakan unsur metafora, simile, anafora dan banyak lagi sebagai ganti ungkapan langsung. Di situlah letaknya keunikan karya sastera. Yang paling penting, karya sastera memerlukan sentuhan kreativiti yang tersendiri. Oleh itu, tidak hairanlah apabila karya puisi merupakan karya yang penuh dengan bahasa berseni yang indah, sesuai dengan peniruan alam seperti definisi seni oleh Plato.
Setiap gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya mempunyai fungsinya yang tersendiri.. Gaya bahasa atau majas bermaksud kepelbagaian bahasa yang dipakai oleh seseorang pengarang dan penggunaan ragam tertentu untuk memperoleh kesan-kesan tertentu, yang mampu menarik pembaca dan menyampaikan fikiran serta perasaan secara lisan mahupun bukan lisan. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005a: 341) menjelaskan bahawa pengertian gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa dalam sastera Melayu, antaranya seperti diksi, hiperbola, simile, personifikasi dan sebagainya.




Seni Bahasa dalam Bustan Al-Salatin 

Polisindeton
Jika gaya asindeton tidak mempergunakan kata penghubung, maka gaya bahasa polisindeton mempergunakan banyak kata penghubung dalam sebuah ayat.
Contoh:
Bab yang ketiga pada menyatakan menjadikan raja dan mengikut dia, dan syaratnya, dan pada menyatakan kelakuan segala khalifah dan segala raja yang adil dengan segala syaratnya, dan pada menyatakan syarat segala wazir yang bijaksana dan kelakuan mereka itu.
(Bustan al-Salatin: 1)


Anafora
Anafora adalah pengulangan bunyi pada kata atau struktur sintaksis yang terdapat pada larik-larik atau kalimat-kalimat yang berurutan dengan tujuan untuk memperoleh efek tertentu. Pengulangan sebuah kata atau lebih pada awal beberapa larik sajak atau kalimat yang berturut-turut tersebut mempunyai maksud untuk mencapai efek keindahan bahasa.
Contoh:
Maka semut itu dibawa oranglah. Maka sabda nabi Allah Sulaiman A.S:
(Bustan al-Salatin: 17)

Sinkof
Dalam bidang kesusasteraan dan fonetik, sinkof (sinkop') ialah pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu.
Contoh:
“Hai anakku, tanda kemuliaan dan kebesaran itu, kau maafkanlah dosanya, jika tiada mahu engkau maaf akan dia, maka balas akan dia dengan menyumpah ibunya dan jangan engkau lebih daripada sumpahnya, maka jadi engkau aniaya”.
(Bustan al-Salatin: 130)

Kata Ganda
Contoh:
Seperti kata sahibulhikayat,sekali peristiwa, pada suatu hari, dating seorang laki-laki kepada wazirnya Sultan Sanjar di benua Iraq dan dibawanya sekeping perca daripada tirai Kaabah Allah.
(Bustan al-Salatin:227)

Simile
Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
Contoh 1:
“Ya tuan syeikh, siapa kuasa mengerjakan seperti yang demikian itu”.
(Bustan al-Salatin: 230)
Contoh 2:
Hai Anakku, hubaya-hubaya, (pelihara dirimu) daripada amarah raja yang aniaya, maka bahawasanya, amarahnya seperti amarah malikat maut.
(Bustan al-Salatin: 222)

           





Seni Bahasa dalam Laskar Pelangi

Sinkof
Sinkof atau sinkop ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan; atau pewujudan kata singkat atau ringkas, iaitu kata  yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 380-381, dan 2005b: 137). Oleh hal yang demikian,  gaya bahasa jenis ini berfungsi untuk memendekkan sesuatu perkataan tetapi merujuk kepada maksud yang sama. Antara perkataan yang biasanya dipendekkan seperti engkau, aku, sahaja, tidak dan sebagainya. Novel Laskar Pelangi ini juga banyak menggunakan gaya bahasa ini. Contohnya seperti dalam petikan tersebut:
Trapatani tak tertarik dengan kelas, ia mencuri-curi pandang ke jendela, melirik kepala ibunya yang sekali-kali muncul di antara kepala orang tua lainnya.

Anafora
Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005:326-327), anafora ialah sejenis gaya bahasa pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan sepaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, dan prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Dengan lebih jelas maksudnya, anafora ialah pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada pemulaan klausa yang berturutan dan pengulangan ini akan menghasilkan kesan emosi yang kuat (Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris, 2010: 76). Contoh petikan dalam Laskar Pelangi:

Buku yang dibeli juga keliru. Buku bersampul biru tua itu bergaris tiga.

Bahasa Asing.
Bahasa asing adalah bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya sastera itu tidak terdapat dalam Bahasa Melayu ataupun bahasa Indonesia. Antara contoh bahasa asing yang sering digunakan dalam karya sastera ialah bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa tamil, Bahasa Cina dan sebagainya. Penggunaan Bahasa asing ini banyak digunkan terutamanya dalam karya moden seperti Laskar Pelangi.
Jika kami sakit, sakit apa pun, diare, bengkak, batuk, flu, atau gatal-gatal maka guru kami akan memberikan sebuah pil yang berwarna putih, berukuran besar bulat seperti kancing jas hujan, yang rasanya sangat pahit.           

Simile
Kata simile berasal daripada perkataan Latin yang bermakna seperti. Za’ba menamakan simile sebagai kiasan asal. Simile merupakan perbandingan secara langsung antara dua objek yang dari segi fitrahnya tidak serupa namun mempunyai suatu persamaan. Dalam bahasa Melayu, simile lebih dikenali sebagai kata perumpamaan, iaitu perbandingan dua hal yang berbeza (Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris, (2010: 95). Gaya bahasa ini dapat dijelaskan seperti dalam petikan berikut:
Jika kami sakit, sakit apa pun, diare, bengkak, batuk, flu, atau gatal-gatal maka guru kami akan memberikan sebuah pil yang berwarna putih, berukuran besar bulat seperti kancing jas hujan, yang rasanya sangat pahit.

Kata Ganda
Satu-satunya benda yang menandakan bangunan itu sekolah adalah sebatang tiang bendera dari bambu kuning dan sebuah papan tulis hijau yang tergantung miring di dekat loceng.

Polisindeton
Jika gaya asindeton tidak mempergunakan kata penghubung, maka gaya Bahasa polisindeton mempergunakan banyak kata penghubung dalam sebuah ayat.
Kami juga tidak memiliki calendar dan tak ada gambar presiden dan wakilnya, atau gambar seekor burung aneh berekor delapan helai yang selalu menoleh ke kanan itu.

Hiperbola
Gaya bahasa jenis ini adalah gaya bahasa yang mengandungi pernyataan yang bersifat melebih-lebih bertujuan menekankan atau memperhebat kesan serta pengaruhnya. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 156), hiperbola  ialah sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau waima daripada segi jumlahnya, ukuran atau sifatnya. Tujuannya yang sedemikian itu adalah untuk memberi penekanan maksud terhadap sesuatu perkara atau situasi demi memperhebat, meningkatkan kesan dan pengaruhnya. Contoh petikan dalam karya klasik moden ini adalah seperti berikut:
Anak kecil yang tak kuat mental bisa-bisa langsung  terkena sawan

Personifikasi
Ariff Mohamad dan Siti Khariah Mohd Zubir (2009: 168) mengatakan bahawa personifikasi adalah gaya hiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau barang-barang yang tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat manusia. Selain itu juga, personifikasi bermaksud menerangkan objek bukan manusia dengan sifat manusia (Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris, 2010: 95). Dalam karya klasik moden ini, pengarang menggunakan gaya bahasa ini dengan kreatif dan hal ini dapat dilihat dalam petikan tersebut:

Lalu ada satu permandangan yang agak menarik, yaitu salah satu dahan pohon jambu mawar yang berdaun amat lebat bergoyang-goyang hebat seperti ingin dirubuhkan.



No comments:

Post a Comment