BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

Laskar Pelangi

Laskar Pelangi mengisahkan mengenai sepuluh orang kanak-kanak yang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Kisah ini berlaku di Kampung Gantung, Belitung Timur.  Kisah ini bermula ketika sekolah SD Muhammadiyah iaitu satu-satunya sekolah agama tertua di Belitung akan dirobohkan oleh Depdikbud Sumsel sekiranya jumlah pelajar di sekolah itu tidak mencukupi sepuluh orang atau lebih. Namun, kehadiran Harun telah menyelamatkan SD Muhammadiyah daripada dirobohkan kerana pelajar yang akan bersekolah di sekolah itu sudah cukup bilangan yang ditetapkan iaitu sepuluh orang. Sekolah itu mulanya terdiri daripada tiga orang guru dan akhirnya tinggal dua guru sahaja kerana salah seorang guru di sekolah tersebut iaitu Cikgu Bakri telah mendapat tawaran mengajar di sekolah yang lebih baik dari SD Muhammadiyah. Ceritakan ini diteruskan dengan menceritakan pengorbanan dua orang guru demi mendidik pelajar-pelajarnya.

Laskar Pelangi ialah nama yang diberikan oleh Bu Muslimah kepada pelajar-pelajarnya kerana mereka sangat suka kepada pelangi. Mereka telah mengharumkan nama sekolah SD Muhammdaiyah dengan pelbagai cara. Novel Laskar ini turut menceritakan kehidupan anggota Laskar Pelangi seperti Mahar, Lintang, Ikal dan kawan-kawannya yang lain. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh sahabat baik ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa pelajar cilik itu berhenti sekolah kerana perlu menjaga adik-adiknya di rumah. Cerita ini juga dilanjutkan dengan peristiwa 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya.






No comments:

Post a Comment