BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

ISI DAN MESEJ

Pemikiran (Idea dan Mesej) Dalam Bustan Al-Salatin
Idea penulisan kitab ini bermula sebagai mengikut arahan Sultan Iskandar Thani yang merupakan pemerintah Acheh yang mahukan sebuah kitab yang dapat mendaulatkan diri baginda sebagai pemerintah yang berdaulat. Apabila menulis atas perintah raja, hasil penulisannya memenuhi keperluan pemerintah demi menjaga martabat dan seterusnya memaparkan aspek-aspek positif terhadap pemerintah. Kitab ini sama ada secara langsung atau tidak langsung turut mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani sebagai pemerintah Acheh.

Bab 1
Terdiri daripada 10 fasal menerangkan tentang penciptaan alam yang bermula daripada fasal kejadian nur Muhammad, fasal lohmahfuz, fasal arasy, fasal qalam, fasal kejadian-kejadian malaikat, sidratul muntaha, syurga dan neraka, kaabah, matahari, bintang, dan lain-lain. Kandungannya banyak persamaan dengan kisah penciptaan alam yang terkandung dalam Qisas al-Anbiya yang bersumber daripada ibn Abbas, Kaab Ahbar, Wahb ibn Munabbih dan Abdullah ibn Salam.

Bab 2
Menerangkan sejarah para nabi dan Raja-Raja. Bab ini mengandungi 13 fasal. Yang terpenting ialah dua fasal terakhir iaitu fasal 12 dan 13. Fasal 12 merupakan saduran daripada Sejarah Melayu iaitu mengenai sejarah Acheh yang mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Fasal 13 pula membicarakan sejarah raja-raja Acheh. Bab ini juga menceritakan tentang perjalanan sejarah dunia yang bermula daripada nabi Adam, diikuti dengan nabi-nabi lain dan seterusnya kepada zaman nabi Muhammad SAW.
Penulis juga mengisahkan mengenai Raja-Raja purba benua Yunani, Rom, Mesir, Arab, Kindah, hijaz dan kisah Raja-Raja kerajaan Umaiyyah, Abbasiyah, benua India, Diteruskan kepada sejarah Raja Melayu Melaka, Pahang dan Acheh. Boleh dikatakan sejarah yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin dalam kitab ini bersifat fakta dan selaras dengan sejarah perkembangan Islam.

Bab 3
Menceritakan Raja-Raja yang adil dan menteri yang bijaksana serta terdiri daripada 6 fasal. Bab 3 ini terbahagi kepada dua bahagian; bahagian pertama berkaitan raja manakala bahagian kedua memberi fokus kepada pegawai atau orang-orang yang penting dalam kehidupan raja seperti menteri, wazir, kadhi, utusan, panglima. Bab ini juga mengetengahkan tema berkaitan keadilan raja dan pegawai raja dalam urusan pentadbiran. Kisah khalifah dan Raja dahulu turut ditulis sebagai panduan dan kias ibarat kepada Raja dan pegawai agar menjadikannya sebagai contoh ikutan.

Bab 4
Mengisahkan Raja-Raja yang bertapa dan para wali yang alim. Bab ini terdiri daripada 2 fasal dan mengupas sifat Raja yang penting iaitu perlu sering mendekatkan diri dengan ajaran agama dengan harapan pemerintahannya sentiasa bersifat adil. Dalam bab ini, Sheikh Nuruddin menasihati Raja agar mendalami ajaran agama dan mengamalkan ajaran tareqat sebagai panduan untuk memerintah dengan lebih adil.

Bab 5
Menerangkan Raja-Raja yang zalim dan pembesar negeri yang menipu rakyat mereka. Kisah ini terdiri daripada 2 fasal. Bahagian pertama mengisahkan tentang raja yang zalim dan membuat aniaya dan zalim kepada rakyat dan bahagian kedua pula tentang menteri yang zalim dan khianat. Idea ini dipenuhi dengan pelbagai panduan kepada raja dan para menteri, dihiasi dengan ayat2 al Qur’an dan hadis serta cerita-cedrita sebagai teladan dan iktibar.

Bab 6
Bab 6 pula khusus membicarakan dua sifat penting yang harus dimiliki oleh seseorang Raja. sifat tersebut ialah sifat pemurah dan berani. Pemerintah disarankan agar sentiasa membantu rakyat miskin, bersedekah dan memberi hadiah kepada rakyat yang berjasa kepada mereka dan negara.

Bab ini terdiri daripada 5 fasal yang memperlihatkan gabungan beberapa aspek ilmu pengetahuan yang penting diketahui untuk panduan pembaca dalam menjalani kehidupan seharian seperti perubatan tradisional, ilmu firasat, sifat perempuan, anatomi, dan hal-hal kekeluargaan. Bab yang berkaitan sifat atau tabiat perempuan agak menarik kerana Sheikh Nuruddin mengkategorikan tabiat wanita kepada 10 mengikut jenis haiwan iaitu babi, kera, anjing, baghal, ular, kala, tikus, unggas, serigala dan kambing.







Pemikiran dalam Laskar Pelangi

Pendidikan
Idea utama dalam novel Laskar Pelang ini ialah mengenai pendidikan. Penduduk di kawasan ini tiada pendedahan mengenai kepentingan pendidikan. Mereka beranggapan bahawa walau belajar setinggi manapun akhirnya akan tetap menjadi kuli. Hanya terdapat segelintir penduduk sahaja yang mementingkan pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Terdapat beberapa sebab ibu bapa sanggup menghantar anak mereka belajar di SD Muhammadiyah. Antaranya ialah seperti SD Muhammadiyah tidak mengenakan sebarang bayaran untuk bersekolah di situ. Ibu bapa pelajar-pelajar itu boleh bayar ikut kemahuan masing-masing. Mereka juga memberikan 15 kilogram beras sebagai ganti kepada bayaran yuran di sekolah tersebut. Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa anak-anak mereka tidak akan diterima untuk belajar oleh sekolah yang lain. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di SD Muhammadiyah. Hal ini jelas menunjukkan sebahagian penduduk di kampung ini juga sangat mementingkan pendidikan kepada anank-anak mereka terutamanya pendidikan agama.

Persahabatan
Hubungan persahabatan ini ditunjukkan dalam novel kajian ini. Mereka akan mengharungi pelbagai susah payah bersama-sama kemana jua mereka pergi. Mereka juga akan membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami masalah. Contohnya, di dalam kelas Lintang sering membantu kawan-kawannya sekiranya mereka mengalami masalah dalam matapelajaran yang dipelajari. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengarang ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa hubungan persahabatan sangat penting. Sekiranya kita mengalami kesusahan, akan ada kawan-kawan yang akan menyokong dan membantu kita di belakang.

Pengorbanan
Selain itu, dalam novel ini pengarang juga menyampaikan mesej mengenai pengorbanan dan kegigihan guru untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya. Pengarang novel ini turut menceritakan mengenai pengorbanan dan kegigihan dua orang guru yang mengajar di SD Muhammadiyah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk keperluan pelajar mereka. Contohnya, Pak Harfan sanggup membaiki dan membersihkan SD Muhammadiyah seorang diri agar pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan selesa. Beliau tidak mahu pelajar-pelajarnya belajar dalam kelas yang tidak bersih. Selain itu Bu Muslimah juga mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Beliau sanggup menolak tawaran untuk mengajar di sekolah yang lebih baik dari SD Muhammadiyah demi mengajar sepuluh orang pelajarnya di SD Muhammadiyah tersebut. Beliau tidak pernah berputus asa dalam mengajar pelajar-pelalajrnya walaupun SD Muhammadiyah kekurangan peralatan mengajar. Semangat daripada pelajar-pelajarnya itulah yang membuatkan beliau untuk terus mengajar di sekolah tersebut walaupun terdapat pelbagai masalah yang berlaku. Beliau yakin bahawa pelajar-pelajarnya boleh berjaya seperti pelajar-pelajar yang belajar di sekolah yang lain.

Semangat Menuntut Ilmu
Novel tersebut menunjukan bahawa pelajar di sekolah SD Muhammadiyah ini mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya. Contohnya Lintang yang tinggal di Tanjong Kelumpang iaitu kampung yang jauh di pinggir laut sanggup datang belajar di SD Muhammadiyah. Lintang sanggup berbasikal ke SD Muhammdiyah demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya di kemudian hari. Lintang merupakan seorang pelajar yang paling bijak di SD Muhammadiyah. Beliau juga tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan kawan-kawannya yang lain. Beliau juga sanggup membantu kawan-kawannya ketika mereka mengalami masalah dalam pelajaran. Namun, Lintang terpaksa berhenti belajar selepas kematian ayahnya kerana ingin menjaga adik-adiknya di rumah. Ketika berada dirumah juga beliau tidak pernah berhenti untuk belajar bahkan beliau banyak membaca bahan-bahan bacaan yang diperolehinya seperti surat khabar untuk mendapatkan maklumat.

No comments:

Post a Comment