BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

PANDANGAN HIDUP

Pandangan Hidup dalam Busrtan Al-Salatin

Dalam buku Bustan As Salatin hasil karya Nuruddin Al Raniri, terdapat banyak panduan hidup yang boleh diambil sebagai pegangan untuk kehidupan pada masa kini. Dalam karya ini terdapat hal-hal yang berkaitan dengan perlakuan dan tindakan nabi-nabi, khalifah, dan raja yang adil sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Perlakuan dan tindakan mereka ini dikemukakan melalui peristiwa-peristiwa tertentu. Hal ini kemudiannya diikuti pula dengan pengajaran atau nasihat yang dapat dikutip daripada peristiwa yang melibatkan tokoh-tokoh berkenaan. Selain itu, dikemukakan juga nas-nas daripada al­Quran dan hadis Nabi.

Memakai Cincin Pada Jari Kelengkeng
Antara panduan yang diketengahkan dalam karya ini adalah tentang pemakaian cincin pada jari kelengkeng yang terdapat dalam petikan:
Tatkala menganugerahi Allah Taala akan Adam cincin khalifah, maka kata ibu tangan, “Akulah patut memakai dia kerana aku besar daripada yang lain.” Maka kata telunjuk, “Aku patut memakai dia kerana aku jua mengisyaratkan sesuatu.” Maka kata siku, “Akulah yang patut memakai dia kerana aku terlebih panjang lagi besar.” Maka kata jari manis, “Akulah yang patut memakai dia kerana padaku perhiasan segala jari.” Hanya kelengkeng jua berdiam dirinya serta berfikir, “Akulah yang kecil lagi hina, tiadalah patut aku dikurniai Allah memakai dia.” Di dalam hal dukacitanya itu, maka jadi kuruslah ia. Maka firman Allah Taala akan Nabi Allah Adam, “Hai Adam, jangan engkau pakaikan cincin ini melainkan pada kelengkeng jua kerana ia merendah akan dirinya dan tiada perhiasan memakai cincin melainkan pada kelengkeng jua.” Maka dipakai Nabi Allah Adam alaihissalam cincin itu pada kelengkengnya. Maka daripada sebab itulah datang sekarang perhiasan memakai cincin pada kelengkeng.
(Bustan As Salatin:54)
        Maka jelas dapat dilihat di sini, dalam situasi dunia sekarang, dalam berfesyen dan memakai pelbagai aksesori, kita juga perlu menitikberatkan tentang etika dan pandangan yang telah wujud sejak dahulu lagi.

Buat Baik Dibalas Baik
Selain panduan tentang pemakaian cincin, terdapat juga panduan atau pandangan yang perlu diikuti oleh manusia sejagat tentang perbuatan baik terhadap setiap yang hidup kerana ianya akan dibalas dengan sesuatu yang baik juga oleh Allah S.W.T. ini boleh dilihat melalui petikan:
Maka tatkala wafatlah Amirulmukminin Umar, mimpi seorang hamba Allah akan dia. Maka bertanyalah orang yang bermimpi itu kepada Amirulmukminin Umar, katanya, “apa diperbuat Allah Taala akan tuan hamba?” maka sahut Amirulmukminin Umar, “diampun Allah akan hamba dan dilepaskannya daripada azabnya.” Maka kata orang yang bermimpi itu, “ya Amirulmukmini, dengan amal yang mana tuan hamba luput daripada azab AllahTaala itu, dengan adil tuan hambakah atau dengan zahir tuan hambakah?” maka sahut Amirulmukminin akan dia, “tida luput hamba dengan demikian itu itu tetapi hamba luput tatkala tuan-tuan sekalian menghantarkan hamba di dalam kubur, dan tuan-tuan tanamkan hamba, dan tuan-tuan tinggalkan seorang hamba dalam kubur. Maka datanglah kepada hamba dua orang malaikat yang amat hebat keduanya hingga hilanglah budi hamba dan gementarlah segala anggota hamb, dan dipegang keduanyalah akan hamba lalu didudukkannya hamba, dan keduanya menanyai hamba. Maka hamba dengar suatu suara, / semikian bunyi: kamu lepaskan hambaku ini dan jangan kamu takut akan dia, dan kauampunilah segala dosanya dari kerana dikasihani dia akan seekor ungags dalam dunia, maka engkau kasihlah akan dia di dalam akhirat.”
(Bustan As Salatin: 45-46)
             Melalui petikan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap perbuatan yang baik akan dicatat oleh Allah walaupun hanya perbuatan yang kecil dan dipandang enteng oleh sesetengah orang tetapi Allah tetap memberikan ganjaran yang tidak diduga oleh manusia.






Pandangan Hidup dalam Laskar Pelangi
Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia, dan alam. Setiap karya pasti mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis secara tersurat mahupun tersirat. Begitu juga dengan karya Laskar Pelangi karya Andrea Hirata ini. Penulis memasukkan banyak peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Aspek Keagamaan
Aspek keagamaan memang tidak akan terpisah daripada mana-mana karya sastera. Sebagai contoh, peristiwa tentang karamnya bahtera nabi Nuh dek kerana kesombongan umatnya yang tidak mahu mempercayai kekuasaan Allah S.W.T. Dalam novel ini, Pak Harfan telah menyampaikan cerita tersebut kepada anak muridnya sebagai panduan dan peringatan seperti dalam petikan:
“Mereka yang ingkar telah di ingatkan bahawa air bah akan datang.”  Demikian ceritanya dengan wajah penuh penghayatan. “Namun, kesombongan membutakan mata dan menulikan telinga, hingga mereka musnah dilamun ombak…..”
Pandangan hidup yang cuba disampaikan melalui petikan ini ialah, setiap daripada kita yang beragama Islam, hendaklah mengikut ajaran dan perintah Allah untuk mengelak daripada ditimpa bala bencana.

Aspek Prinsip Kehidupan
Selain daripada pandangan hidup dalam aspek agama, karya ini turut mengetengahkan perkara yang sama dalam aspek kehidupan. Contoh boleh dilihat di dalam petikan:
“Pak Harfan memberi kami pelajaran pertama tenteng keteguhan pendirian, tentang ketekunan, tentang keinginan kuat untuk mencapai cita-cita. Beliau meyakinkan kami bahwa hidup bias demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan berkorban untuk sesama. Lalu beliau menyampaikan sebuah prinsip yang diam-diam menyelinap jauh ke dalam dadaku serta memberi arah bagiku hingga dewasa yaitu bahwa hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.”
Melalui petikan ini, dapat disimpulkan bahawa, dalam kehidupan, kita perlu bersedia untuk memberi apa-apa jua tanpa perlu mengharapkan balasan di dunia. Kerana setiap perbuatan baik itu telah Allah janjikan dengan ganjaran yang baik-baik juga.

Aspek Pendidikan
Penulis turut menyelitkan pandangan hidup dalam aspek pendidikan di dalam karya ini. Penduduk di Belitong lebih mementingkan pekerjaan berbanding pendidikan. Anak-anak lelaki kebanyakannya disuruh membantu di PN TImah sebagai kuli. Ada di antara anak-anak yang menjadi kuli ini sebenarnya berpotensi besar dalam bidang akademik tetapi terpaksa mematikan hasrat untuk ke sekolah demi mencari sesuap nasi. Dalam situasi ini, penulis cuba menyampaikan bahawa pendidikan itu sangat penting untuk menjamin masa hadapan yang cerah. Ibu bapa perlu menggalas tugas untuk mencari rezeki dan menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan yang secukupnya supaya mereka tidak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang hidup dalam kesusahan. Jika anak-anak tidak ada pendidikan dan terpaksa bekerja, taraf hidup keluarga mereka tidak akan berubah sampai bila-bila.
Jika anak-anak dihantar ke sekolah, mereka akan mendapat didikan yang sempurna selain mampu mengembangkan potensi sedia ada sehingga mereka mendapat pekerjaan yang bagus. Akhir sekali, mereka akan membalas budi ibu bapa yang selama ini bersusah payah memastikan mereka dapat menimba ilmu di sekolah.


No comments:

Post a Comment