BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU

Bustan Al-Salatin

Bustan Al-Salatin (Taman segala Raja-Raja) merupakan salah sebuah karya besar Nuruddin Ar-Raniri yang dihasilkan di Acheh pada tahun 1638 dalam Bahasa Melayu yang bertulisan Jawi. Karya ini terdiri daripada tujuh pecahan bab dan enam puluh fasal bagi gabungan setiap bab. Secara umum, kitab ini digolongkan sebagai karya ketatanegaraan manakala dalam konteks yang lebih luas pula, dapat dikategorikan sebagai genre sejarah dunia yang cukup unik dan sistematik dalam alam Melayu yang berteraskan konsep historiografi Islam. Penulisan ini turut memperlihatkn satu-satunya kitab yang membicarakan sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci.
Kitab ini merupakan usaha Sheikh Nuruddin untuk menyaingi Taj al-Salatin dalam usaha untuk memberikan panduan kepada masyarakat alam Melayu khususnya Raja-Raja dan para pembesar dalam mentadbir negeri dengan mengambil iktibar kelakuan terpuji dan keji yang dilakukan oleh pemerintah khususnya dari Timur Tengah. Hal yang demikian kerana Sheikh Nuruddin amat arif tentang apa sahaja yang berlaku dalam sejarah Timur Tengah. Contoh-contoh yang diambil juga bersesuaian kerana persamaan agama antara Raja-Raja Timur Tengah dengan Kepulauan Melayu.

Bahagian seterusnya akan mengupas dan mengolah mengenai enam ciri yang terdapat di dalam karya agung ini dalam untuk dijadikan sebagai panduan dan contoh berguna kepada masyarakat untuk kehidupan seharian.








No comments:

Post a Comment